“Bulan Ramadhan bulan yang mana diturunkan padanya Al-Quran untuk jadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebenaran itu. Dan untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah pemisah antara yang hak dengan yang batil”
Dalam ayat ini baru kita tahu bulan Ramadhan ini besar, agung. Dan di bulan agung ini Tuhan datangkan ibu ilmu iaitu Al-Quran, ilmu yang tak pernah disentuh lagi oleh manusia, belum ada manusia campur tangan samada yang sebelum mahupun sesudah. Dia merupakan barang pure dari Tuhan untuk manusia. Tuhan tak kata untuk orang beriman sebab waktu Quran mula diturunkan mana ada orang beriman, sebab itu diseru untuk manusia yang belum beriman. Bila datangnya Al-Quran manusia yang tak beriman terus jadi beriman. Kalau begitu apa yang kita faham kedatangan setiap kali bulan Ramadhan bermakna kedatangan ilmu dari Tuhan. Setiap kali Ramadhan datang, setiap kali pula umat islam yang mungkin di bulan-bulan lain tak ada kesempatan nak mengkaji ilmu Al- Quran maka diperuntukkan satu bulan untuk mengkaji ilmu Al-Quran. Oleh sebab itu Tuhan jadikan bulan Ramadhan puasa.
Bila berpuasa ikut sistem Tuhan, bukan sekadar tak makan tak minum tapi nafsu yang berpuasa, fikiran yang berpuasa, jiwa yang berpuasa, perasaan yang berpuasa. Orang itu saja yang boleh jadikan sebulan itu dia dapat ilmu Al-Quran yang banyak. Sebab puasa itu, sepertimana yang digambarkan tadi. Bukan tak makan tak minum, boleh menerima ilmu wahyu, mudah boleh terima ilmu, mudah faham. Itu untungnya disuruh puasa.
Sebab jiwa yang bersih dari nafsu dan akal yang bersih dari nafsu sangat mudah memahami ilmu Al-Quran, itulah hikmahnya digandingkan Al-Quran dengan puasa. Jadi kalau puasa ikut sistem yang sebenar, kemudian kita belajar Al-Quran, sembahyang sebulan Ramadhan ikut sistem yang sebenar, ertinya kita masuk belajar di universiti Tuhan yang ilmunya sangat banyak, itulah maksudnya. Tapi pelik setiap kali Ramadhan datang kita tak dapat ilmu Al-Quran, setiap kali Ramadhan datang, kita tak dapat ilmu wahyu. Inikan sudah melanggar sistem, sudah jauh dari apa yang dikehendaki oleh tuhan seolah-olahnya bila Ramadhan fikir nak makan sedap, ini konsep Ramadhan sudah beralih. Yang baik sikit nakkan fadhilat yang banyak. Itu baik sikit tapi itupun dah terseleweng. Padahal kedatangan Ramadhan nak canai hati supaya datang ilmu Al-Quran, dikaji, di tadabbur, mudah difaham, mudah dihayati, mudah diamalkan.
Pernahkah tak, kita rasa bila Ramadhan datang itu yang kita target dan jadi cita-cita kita. Tak pernah. Jangan-jangan baru hari ini kita dengar. Padahal Ramadhan artinya masuk universiti Tuhan nak terima ilmu dari 30 juz Quran, 6666 ayat dan 114 surah. Tuhan ada berkata, Maksudnya:
“Ilmu Tuhan itu sebanyak yang ada dalam Al-Quran. Kalau ditulis dengan dakwat hingga kering dakwat seluruh dunia, datangkan dakwat sebanyak itu lagi, takkan habis ilmu Tuhan yang tersirat dalam Al-Quran”.
Kalau itulah yang digambarkan oleh Tuhan, tak terasa apa-apa Ramadhan kita? Tak rasa nak berhadapan dengan sesuatu yang besar? Padahal Tuhan berkata, kalau kering dakwat di dunia ini kemudian didatangkan dakwat sebanyak itu juga pun tak habis ilmu Tuhan. Kalau kita nak berhadapan dengan Ramadhan kita berfikir begini jadilah. Sebab ilmu Tuhan itu hebat tak mungkin ditarget semua, kalau sedikit jadilah , masuk sedikit di atas banyak . Kalau sedikit dari seribu atau sejuta itukan banyak. Kalau sedikit dari satu itu memanglah sedikit, ini tidak yang kita maksud sedikit dari sejuta itu nisbah tapi itu banyak. Tapi pernahkah kita berfikir begitu. Inilah generasi umat Islam. Bulan ilmu tak terasa nak berhadapan dengan ilmu, terasa nak berhadapan dengan lapar saja. Waktu lapar, makan banyak-banyak waktu maghrib, terus rehat-rehat sekejap baru sembahyang. Kan dah jauh dari konsep puasa sebenar. Siapa ajar ini semua? Ini yang kita hairan.
Bulan Ramadhan bulan ilmu. Tapi 20 tahun berpuasa tak dapat ilmu. Baca juga Al-Quran, bertambahkah ilmu? Padahal Al-Quran itu kalau kita ambil kulit pun jadilah itupun kalau nisbah benda. Kalau ilmunya ibarat barang berketul tak larat nak bawa. Apa itu kulit? Seperti nak dapat ilmu Al Quran bagaimana diturunkan? Malaikat bawa wahyu bagaimana bentuknya? Macamana ayat itu turun? Itu kulit. Ada ayat Mekah,ada ayat Madinah. Apa maksud ayat Mekah, apa maksud ayat Madinah ? Itu pun kulit. Ada yang turun dalam perjalanan, ada ketika bermukim. Itu semua ilmu kulit. Tak tahu tak apa, takkan nak makan kulit? Ilmu kulit pun kalau kita dapat sudah berapa banyak. Ada waktu ayat turun waktu malam ada siang, ada musim sejuk ada musim panas. Itu semua tentang kulit Al-Quran. Kalau kita belajar kulit itu pun dah banyak. Ada kala diturunkan waktu di kenderaan , adakala di rumah isterinya. Itu semua ilmu kulit. Kalau kita nak belajar ilmu Al-Quran itu aduh, kulit pun perlu juga, boleh dibakar. Setengah orang kutip kulit kayu dijual, ada faedah. Ada faedah mengaji tentang kulit Al-Quran pun hebat. Itu belum mengkaji yang dalam Al-Quran.
Ilmu yang dalam kulit sikit tapi belum dalam betul ialah misalnya dikatakan Al-Quran itu petunjuk bagi manusia, dalam Al-Quran ada bukti yang Al Quran itu petunjuk, ada hujah akal membuktikan kebenrannya. Itu kulit dalam, kulit nipis. Kalau ibarat ubi, tadi kulit luar yang ini kulit dalam, sedap dimakan. Tapi bukan itu yang dimaksudkan oleh Tuhan, lebih dari itu. Al-Quran ada ilmu yang mempunyai kekuatan mental, perasaan, fizikal. Lebih-lebih lagi kalau Tuhan anugerahkan kepada seseorang yang dia benar-benar mempunyai perasaan kekuatan fadhilat Al-Quran. Jadi untuk menggambarkan walaupun kita tak dapat isinya. Cuma untuk membuktikan kalau isinya didapati, hebatnya. Seolah-olah nak dapat isi tadi tak munasabah kena mengaji dari ayat ke ayat, lafaz ke lafaz. Saya cuma nak rasakan bersama supaya cara yang saya olah ini insya Allah terasa Al-Quran luar biasa, ilmu yang agung, siapa yang miliki ilmu Al-Quran ertinya boleh memiliki ilmu dunia akhirat. Memiliki ilmu tentang perkara yang ghaib dan yang lahir. Yang ghaib kalau Al-Quran tak cerita orang tak tahu tentang adanya T. adanya arasyh, kursi, sirotal mustakim.Sirotal mustakim kalau perah otak pun takkan terbongkar keberadaan itu semua.
Begitu juga tahu ilmu lahir, ilmu kehidupan yang ada hubungan dengan manusia. Al-Quran memberitahu ilmu yang ada hubugan dengan manusia, kita ambil yang besar. Kita mengaji Al-Quran sama ada di sekolah atau faham sedikit banyak bahasa Arab, waktu Ramadhan ambil peluang kaji-kaji, kita akan tahu ilmu manusia, bangsa-bangsa, watak manusia, saikologi, masyrakat, politik, kepimpinan, kebudayaaan, pendidikan, sejarah dan ilmu yang besar-besar yang semua kita dengar ada daalm Al-Quran. Tentang ilmu perhubungan, padang pasir, sungai, perjuangan, tentang bagaimana nak buat kesatuan, bangunkan jemaah, semua ada dalam Al-Quran. Itu baru setakat kulit lapis kedua.
Ilmu lapis ketiga dah masuk isi bukan pati (santan) itu untuk manusia luarbiasa. Kalau dapat santan cukup dah boleh makan, dah sampai peringkat boleh diguna pembinaan badan, cukup untuk bangunkan mental, roh, perasaan kita. Siapa dapat ilmu politik dsb dari Al-Quran itu sudah cukup orang kagum, orang hairan, orang tak jemu. Bila dengar ustad itu bersyarah orang nak lagi, kita lapis ketiga pun tak dapat walaupun masuk universiti. Buktinya coba awak cerita mengenai masyarakat manusia dirujuk pada Al-Quran, tak boleh. coba awak cerita sejarah dalam Al-Quran dan hubung kaitkan dengan sejarah akan datang (hari ini), tak boleh. Dia akan cerita seketul-seketul. Cerita Nabi Isa, Nuh, itu anak tadika pun boleh tahu.
Kalau ditanya cuba cerita ilmu ekonomi dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Cuba cerita ilmu perjuangan dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis, watak-watak manusia hasil mempelajari Al-Quran dan Hadis. Kalau setakat itu pun dah agak penting apa yang kita dapat selama ini? Tak dapat apa-apa, Ramadhan datang habis begitu saja, tak dapat apa-apa. Hanya dapat lapar dan haus saja.
Jadi kalau kita boleh dapat ilmu tahap tiga ini, sebab dia sudah ada hubungan dengan kehidupan manusia di sudut apa pun, sebab Al-Quran itu untuk manusia. Kalau ada ustad ada ilmu itu orang buru orang tak jemu dengar. Tapi hari ini bila orang Islam nak tahu ilmu, buka kitab orang putih walhal semuanya ada dalam Al Quran. Kalaulah kita boleh dapat ilmu Al-Quran tahap 3 itu dah cukup hebat. Sebab ilmu itu untuk manusia, ada hubungan dengan manusia. Artinya Matlamat dah sampai, tapi ada yang lebih dari itu.
Selepas itu supaya terasa Al-Quran maha besarnya Tuhan. Oleh karena Tuhan Maha Agung maka ilmuNya Maha Agung dan Maha Besar. Walaupun apa yang akan saya cakap ini tak mungkin kita dapat lagi. Hanya nak menyedarkan kita bahawa ada ilmu yang lebih dalam dari Al-Quran itu. Ilmu Al Quran selain lapis 1,2 dan 3 tadi, yang ketiga itu karena dah susah dia bercampur ada yang tersurat ada yang tersirat. Yang tersurat mungkin boleh paham. Katalah kita baca satu ayat, yang tersurat ½ ayat, yang lain tersirat. Itu susah. Separuh tersurat separuh tersirat. Yang tersurat agak mudah, yang tersirat susah.
Kalau tak boleh faham yang tersurat banyaklah tempang macam orang kaki sebelah. Nak jalan betul kena pakai kaki kayu itu pun dah susah.
Yang saya nak sebut lebih dari itu. Kebanyakannya tersirat. Kalau tak faham tersurat tak boleh keluarkan apa maksud atau kehendak Al-Quran dengan kata lain kehendak Tuhan. Kalau ada ulama diberikan ilmu itu Masya Allah yang ketiga sudah luar biasa, itu pun sudah tak ada. Saya ingat di seluruh Malaysiapun tak ada. Kalau saya boleh agak diseluruh dunia tak ada. Tapi lapis 4 lebih hebat, lebih dahsyat. Sebab semua yang tersirat nak disuratkan. Kan payah. Kalau Tuhan bagi Ilmu itu pada seseorang bolehkah diremeh-remehkan orang itu? Tidak. Tuhan tak akan berikan Ilmu itu pada sebarang orang. Mesti orang pilihan.