Minda Mujaddid

10 November, 2004

Rasa Bertuhan

26hb oktober 2004
di atas kapal terbang

Apabila aku naik kapal terbang degup jantungku bergelombang,
takut dan bimbang menyerang,
jiwa tidak tenang,
fikiran tidak keruan datang,
pergantunganku dengan Tuhan kuat datang,
kalaulah rasa bertuhan dan takut kepadaNya kekal datang,
rasa kehambaan tidak kunjung padam seperti di atas kapal terbang,
alangkah indah nya,
semacam itulah yang Tuhan mahu berlaku kepada hambaNya,
disini menunjukkan takut tidak selamat lebih kuat daripada takut kepada Tuhan,
padahal takut dengan Ttuhan itulah yang Tuhan kehendaki,
Tuhan lebih hebat daripada segalanya,
sekalipun kegoncangan kapal terbang,
Tuhan dengan rahmatMu berilah aku sedikit rasa takut denganMu,
rasa takutku dengan Mu akan mensyafaatkan aku,
rasa akan meredakan kemurkaan Mu terhadapku,
takutku dengan Mu Tuhan yang kau mahu,
ia lebih bernilai dari solat sunat.

kepulanagnku dari labuan,
ramai yang menunggu,
kawan-kawanku dan simpati-simpatiku janganlah tunggu aku,
aku bukan wira yang berjasa,
aku hanya orang biasa yang sentiasa berdosa, aku bukan pemimpin negara,
aku bukan tokoh agama mengikut pandngan ramai,
aku hanya seorang bekas tahanan isa,
aku malu disambut beramai-ramai,
siapalah aku,
akau tidak suka publisiti kerana tidak sepadan dengan jasaku,
aku malu sungguh malu kawan,
yg penting doakan aku,
aku tidak mahu orang tonjolkan aku,
sekiranya aku ini ada pandnagan Tuhan ,
tuhan tahulah apa dia akan buat utkku, pengakuan Tuhan itu lebih murni dan hakiki, pengakuan manusia itu ramai yang pura-pura atau ada udang disebalik mee atau
membuatkan orang lain dengki dan sakit hati, aku tak suka macam pemimpin yang menonjolkan diri minta disanjung dan dihormati,
sanjungan manusia selalu palsu kita mahu sanjungan Allah
sekalipun manusia tak kenal
sanjungan manusia tak sampai ke akhirat,
sanjungan Tuhan sampai ke akhirat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home