Minda Mujaddid

20 October, 2004

Negara Islam Bermula Dari Diri

Basmalah.

Terima kasih Tuhan kerana kursus ini masih Engkau izinkan lagi moga-moga dibaki masa ini Engkau Tuhan beri ilmu kepada kami supaya bertambah ilmu, iman dan taqwa.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita dapat ini semua, kita banyakkanlah bersyukur dengan Tuhan dan berselawat dengan Rasulullah s.a.w.

Terjemahannya:
“Hendaklah kamu masuk ke dalam Islam keseluruhan.”

Insya-Allah ayat ini kita akan hurai pagi ini mudah-mudahan akan jelas menjelaskan, hurai-menghuraikan. Ayat ini pendek sahaja. Tuhan kata hendaklah kamu masuk ke dalam sistem keselamatan semuanya sekali. Ayat ini sentiasa dibaca orang merata-rata, dibaca orang terutama pejuang Islam,.

Menjadi modal utama dalam kempen untuk menarik orang kepada perjuangan. Tapi ayat ini kepada negara kita tidak tolak, cuma cara pendekatan kita tolak, cita-cita untuk sempurnakan Islam itu sama. Tapi pejuang Islam terus fokus ke negara, cuba lihat Tuhan hendakkan kita tegakkan Islam secara syumul semua sekali, tak boleh ambil sembahyang, puasa sahaja. Jadi bahan kempen. Nakkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, itu slogan yang kita dengar.

Kemudian mereka kaitkan lagi kalau dah tegak syumul dalam Negara, Tuhan akan datangkan rahmat dan berkat di dunia maka bangkitlah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Itulah natijah bila negara dapat tegakkan Islam secara syumul. Itu didengar dari pejuang Islam di mana-mana negara Islam seluruh dunia.

Kita tidak setuju kenapa bermula dari negara, itu besar, sedangkan Tuhan mahu bermula dari diri.

“Hendaklah kamu menjaga diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka.”

Memang bermula dari diri, kemudian keluarga, negeri kemudian negara. Bertahap-tahap tapi tidak terus negara. Padahal apa-apa hal bermula dari satu, 2, 3, 100, 1000 mana boleh start dari 2 lebih-lebih lagi 100. Hal dunia apa pun bermula dari satu, betapalah hal Akhirat. Negara Islam tak akan dapat dicetuskan kalau tak tertegak negara Islam dalam diri. Beberapa hari yang sudah sudah dikuliahkan kalau kita ingin berlaku kesyumulan dalam negara tegak Islam dalam diri.

Tegakkanlah Islam dalam diri akan tertegaklah Islam dalam negara. Dalam diri kerajaan lebih seni sedangkan dalam negara nampak, itu mudah. Tapi negara dalam diri ini banyak tersirat banyak tak nampak, terlalu seni yang nampak hanya anggota lahir iaitu satu aspek dari anggota.

Ada yang tidak nampak iaitu akal, nafsu, roh tak nampak, benda tak nampak nak tadbir, didik, didisiplinkan, nak diajar senangkah? Kalau nampak bela kambing nampak senang. Dia makan, sakit, berjalan semua kita nampak. Tapi yang nak ditadbir tak nampak, yang nampak hanya tangan kaki dll, nak tadbir akal bermula dari dia, nak tadbir hati dan dari dia yang lain ditadbir. Nak disiplinkan akal bukan senang mesti cari ilmu cara Tuhan, disiplin ilmu dari Tuhan, orang nak beri ilmu dari Tuhan, kiyai dan tuk guru bertaqwa, menggunakan ilmu untuk Tuhan baru layak jadi pemimpin dalam negara. Senangkah? Segala-galanya tak nampak, kalau bukan dari Tuhan. Kalau akal dah sihat dah betul dah letak di tempatnya ada harapan. Belum tentu ada modalnya, ada akal, pemimpin maknawi sebab nak didik yang maknawi, pemimpin yang lahir tentu nak didik orang lahir. Tapi nak didik nafsu, perasaan ia bersifat rohani, tuk guru juga berjiwa rohani baru boleh.

Kalau ini selesai, ada harapan seolah-olah nak jalan ke satu tempat ada kenderaaan, minyak dah penuh, ada driver dah sedap seolah ada harapan untuk sampai ke destinasi. Ini sampai sekarang, tak siapa yang layak jadi pemimpin, guru, yang nak memimpin nafsu, roh dan perasaan manusia. Sia-sia punya kerja, tak faham, nak berjuang cita-cita besar, tapi tak faham. Siapkan diri dulu baru siapkan kerajaan negara.

Kesyumulan kepimpinan dalam negara bermula dari kepimpinan dalam diri. Sebab itu siapa ada cita-cita nak tegakkan negara Islam, maka kalau dia mampu menegakkan kerajaan diri secara syumul baru ada harapan. Kalau setiap orang begitu, kalau dua, 3, 4, 5 dah lahir jemaah berhadapan dengan masyarakat dan Negara, 5 orang pun dah syumul.

Untuk mudah faham cerita benda maknawi dan tersirat ini mari kita lihat yang tersurat. Tak jadi yang besar kalau yang kecil tidak jadi. Tapi untuk mudah faham kita tengok yang besar dulu. Jadi pejuang Islam, selepas berkata mari tegakkan Islam yang syumul, maka terjadilah dua perkara:

Negara yang aman makmur, maju, selesa kaitkan dengan Tuhan. Dapatkan pemerintahan itu kerana apa? Kalau berlaku sistem yang syumul dalam negara akan terjadi kemakmuran itu.

Setelah dapat kemakmuran akan dapat keampunan Tuhan. Dapat keampunan Tuhan adakah kerana kemakmuran? fasal maju? sebab hidup yang selesakah? Dapat keampunan Tuhan kerana ada high way, jalan besar dan berlapiskah? Bukan! Itu hanya subsidi dari Tuhan, matlamatnya keampunan, kalau dapat keampunan jalan kaki pun tak apa, kalau dapat keampunan susah pun tak apa. Bukan kemakmuran, tapi untuk dapat keampunan itu alamat atau tanda masyarakat sudah baik, kalau tak bagi pun tak apa yang penting keampunan.

Fahamkan itu dulu makmur dengan keampunan tak sama. Maju negara Tuhan ampunkan . Itu hanya subsidi, itu sebab tanda menunjukan hamba-Nya sudah ramai bertaqwa. Itu alamat atau tanda sahaja. Dalam negara yang penting keampunan, tapi tak makmur pun Tuhan beri juga, makmur pun Tuhan beri tapi bukan sebab makmur itu Tuhan beri . Ada setengah hal, terutama Rasw miskin papa, banyak Rasw susah tapi Tuhan ampunkan.

Kalau sistem Islam dah syumul berlaku dua kemakmuran iaitu kemakmuran dalam diri dan kemakmuran dalam Negara.itu Di sini yang penting keampunan, kemakmuran dapat pun tak apa, tak dapat pun tak apa. Kita bawa kepada diri, nak faham diri kita tengok negara dalam diri. Setelah faham apa yang di depan kita, mari kita bawa kepada diri.

Makmur dalam diri itu apa? Itu penting.
Kalau makmur dalam negara, kalau dilihat jalanraya lebar, rumah cantik, besar itu lambang. Kalau makmur dalam diri apa lambangnya? Dalam diri mana ada kereta, mana ada jalanraya, mana ada kapalterbang dalam diri? Ini penting. Kalaulah berjaya kita tegakkan negara Islam dalam diri, berjaya membentuk otak sebagai pemimpin dalam diri, hingga nafsu jadi baik, ertinya orang jahat jadi baik kalau tak semua, 80% jadi baik, Rasul sahaja boleh buat 100%. Ertinya 80 dalam diri boleh dibaiki begitu juga raja dalam diri termasuk kerani, raja datuk dll jadi baik setelah otak sebagai pemimpin itu baik. Kalau diri bertaqwa macam dikatakan tadi makmur (keampunan).

Sekarang nak bahas makmur itu apa? Dalam negara ada kapalterbang, makan sedap dsb.
Makmur dalam diri Tuhan dah jawab dalam Qur'an:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”

Dengan berzikir kepada Allah hati menjadi tenang. Yang dimaksudkan zikir itu adalah dengan merasai, memahami Allah, tawakal dan takut Allah, serah diri dengan Tuhan, hal dunia tidak takut, dunia tak menggugat hati, apa yang berlaku tak menyakitkan hati. Hanya takut hal Akhirat. Itu disuruh, hal dunia tak menggugat hati.

Hati begitu akan tenang, lapang, indah, tak takut oleh dunia dan oleh musuh, hanya takut Tuhan sahaja. Itulah kemakmuran (thoiyibah). Macam makmur dalam negara tengok Mercedes hati lapang, ada Lexus lapang. Kalau fikir nak berjalan kena naik kereta lembu tak jadi hendak jalan.

Jadi, kemakmuran dalam diri itu adalah tenang hati. Bila cinta Tuhan, takut Tuhan, rasa kehambaan, dunia tidak menggugat, rasa lapang dada, senang hati itu yang kita hendak. Itu maksud makmur dalam kerajaan diri. Kalau begitu, makmur dalam diri rasa berTuhan, rasa kehambaan, serah pada Tuhan, dunia tidak menggugat hati dan akan dapat keampunan Tuhan macam dalam negara.

Makmur dalam negara bersifat material, dalam diri rohani dan maknawi. Makmur dalam negara bukan sebab untuk dapat keampunan. Tapi makmur dalam diri, jadi sebab dapat keampunan Allah, tathmainnal qulub ada beza. Maha Besar Tuhan. Kebenaran itu di akhir zaman nak dirikan Islam semula dalam diri dan alam sejagat, hendaklah kita berjuang untuk tegakkan Islam dalam diri. Kalau perjuangan kita ikut cara ini betulkan otak dulu hingga sampai dapat pimpin nafsu dan roh selaku raja dan orang besarnya hingga anggota lahir ikut baik, kalau benar-2 terjadi apa yang tergambar kepada kita?

Kalau kita berjuang hendak tegakkan negara dalam diri dulu, ikut sistem Tuhan, otak jadi tuk guru yang baik hingga berjaya baiki orang jahat dalam diri, membaiki orang besar dalam diri. Rakyat jadi baik, kalau ada kerajaan dalam diri begitu. Kalau seorang sudah jadi begitu tergambar peribadi itu cantik, berakhlak, orang tengok ..ini malaikatkah? Diri dah selamat bila ketengah masyarakat akan menyelamatkan. Itu maksud selamat menyelamatkan.

Bilamana seorang diri pun dah jadi kerajaan diri baik terlihat akhlak ke mana saja orang kata baiknya, malaikatkah? Orang melihat dia baik itulah kenyataan Islam selamat menyelamatkan. Inilah yang dimaksudkan sebaik-baik manusia yang akan memberi manfaat kepada orang lain barulah membenarkan Islam itu selamat-menyelamatkan.

Belum lagi dia bertindak orang akan senang hati, dengan tolak ansur, kasih sayang, budak kita bukan baik sangat bila jumpa tuk guru di Syria, orang kata kalau begini muridnya tuk gurunya macam mana? Hasilnya suatu hari nanti orang akan masuk Islam berbondong-bondong, Sekarang diri kita tak selamat kerana tidak ada bunga diri, tak ada akhlak, macamana nak selamatkan orang? nak hiburkan orang? Inilah huraian ayat tadi. Jangan terjemah syarah, ia sangat seni. Ia sangat berkaitan dengan negara, dalam negeri dan Islam selamat-menyelamatkan. Setelah dibangunkan kerajaan diri ikut kaedah Tuhan lahir manusia yang berakhlak, itulah maksud Islam itu selamat-menyelamatkan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home