Tazkirah Ramadhan 01
KULIAH RAMADHAN
Bahagian 1
PUASA : HIKMAH DAN FADHILATNYA
Pengajian feqah kita kali ini ialah mengenai puasa, bulan Ramadhan
dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah itu. Oleh kerana
kita sedang berhadapan dengan bulan Ramadhan, maka elok sangatlah
kita memperkatakan mengenai ibadah yang amat penting ini. Mudah-
mudahani, kita dapat memperkemaskan lagi puasa kita agar ia benar-
benar dapat diterima oleh Allah SWT.
Memang sudah maklum kepada kita bahawa bulan Ramadhan itu mempunyai
keutamaan yang istimewa. Ia lebih istimewa daripada bulan-bulan yang
lain. ini adalah kerana bulan Ramadhan itu adalah dikatakan sebagai
bulan ibadah. Namun demikian bukan bererti yang pada bulan-bulan yang
lain itu kita tidak beribadah. Allah tetap memerintahkan kita supaya
beribadah pada bulanbulan yang lain juga. Tetapi pada bulan Ramadhan
itu lebih lagi digalakkan oleh Allah agar kita beribadah dan berbakti
daripada bulan-bulan yang lain. Sebab itulah dikatakan yang bulan
Ramadhan itu sebagai bulan ibadah.
Dan sebabnya mengapa pada bulan Ramadhan lebih-Iebih lagi digalakkan
supaya kita beribadah ialah kerana pada bulan Ramadhan itu ada ibadah-
ibadah yang khusus. Dan kita tidak dapati pada bulan-bulan yang lain.
Misalnya, pada bulan Ramadhan, siangnya kita disuruh berpuasa
manakala pada bulan-bulan yang lain tidak. Begitu juga di bulan
Ramadhan, pada malamnya kita disuruh berterawih iaitu bersembahyang
20 raka'at yang biasa kita lakukan di Malaysia ini. Ada juga yang
membuat 8 raka'at atau 10 raka'at. Namun pada zaman dáhulu, kalau
kita lihat para solafus soleh, ada yang membuat hingga 28 raka'at.
Dan perintah sembahyang terawih ini tidak berlaku pada bulan-bulan
yang lain. Tetapi ia hanya berlaku di bulan Ramadhan saja. Kalau kita
cuba membuatnya pada bulan yang lain, sunat itu tidak sah dan tidak
diterima oleh Allah SWT.
Dan begitu juga tentang membaca Al Quran. Walaupun di bulanbulan yang
lain digalakkan membacanya, tetapi di bulan puasa ia lebih-lebih lagi
digalakkan bahkan kita disuruh bertadarus. Bertadarus ini bererti
kita membaca Al Quran beramai-ramai secara seorang lepas seorang,
sambil yang tidak membaca itu menyemak. Dan yang selebih baiknya pula
ialah dengan memberikan maksud apa yang kita bacakan itu. Kemudian
kebajikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan, samada sembahyang
kita, sedekah kita, nasihat kita, atau apa saja bentuk kebajikan,
maka pahaIanya Allah berikan dengan berlipat ganda. Dan ini lebih
daripada kebajikan yang kita lakukan di bulan-bulan yang lain. Kerana
itulah amal bakti kita hendaklah banyak di bulan-bulan yang lain.
Kerana itulah amal bakti kita hendaklah banyak di bulan Ramadhan
kerana ganjarannya lebih.
Lebih-lebih Iagi utamanya bulan Ramadhan ini kerana pada bulan
Ramadhan terjadiriya "Lailatul Qadar". Setengah ulamak mengatakan
bahawa "Lailatul Qadar" itu berlakunya pada hari-hari yang ganjil
terutsma pada 10 hari puasa yang terakhir seperti pada malam 21, 23,
25, 27 atau 29. Ada setengah-setengah ulamak pula benijtihad
mengatakan Lailtul Qadar itu berlaku pada satu malam di bulan
Ramadhan tetapi tidak diketahui pada malam yang mana di antara 29
Ramadhan atau 30 Ramadhan itu. Sebab dikatakan 29 Ramadhan atau 30
Ramadhan ialah kerana puasa kita ini ada kala 29 hari dan ada kala 30
hari. Dan di dalam salah satu daripada 29 malam atau 30 malam itu
maka berlaku malam Lailatul `Qadar. Malam Lailatul qadar ini begitu
tinggi sekali keutamaannya bagi orang yang beramal pada ketika itu.
Firman Allah maksudnya: Lailatul qadar itu Iebih balk daripada 1000
bulan.
Ini bererti yang setiap amalan pada malam itu adalah lebih baik
daripada 1000 bulan iaitu bersamaan dengan 83 1/4 tahun. Jadi
kalaulah bertepatan dengan malam Lailatul qadar itu kita sedang
beramal dan walaupun amalan kita itu sedikit sahaja, tetapi ganjaran
yang Allah akan berikan adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
Dan inilah hikrnahnya mengapa Allah tidak memberi tahu kepada kita
pada malam yang mana Lailatul qadar itu berlaku. Kalaulah kita diberi
tahu pada satu-satu malam yang tertentu, maka nescaya semua orang
akan berbuat amal pada malam itu dan selepas itu lalai semula. Kerana
Allah tidak memberi kita tahu tentang bila malam itu berlaku, maka
terpaksalah bersungguh-sungguh kita membuat amal pada tiap-tiap malam
yang lain. Dengan yang demikian amalan kita menjadi secara istiqamah
atau berturut-turut. Maka kalau kita dapat bertemu dengan malam
Lailatur qadar, bererti ibadah kita adalah lebih dan 83 1/4 tahun
kita beramal iaitu seolah-olah kita teIah beramal selama 83 1/4 tahun.
Dan kalaulah ada orang yang tidak pernah cuai beribadah sejak 30 kali
Ramadhan yang sudahsudah dan tiap-tiap Ramadhan itu dia bertemu
dengan malam Lailatul qadar, ini bererti dia telah beramal selama 83
1/4 tahun x 30 iaitu hampir 3000 tahun berarnai. Inilah keistimewaan
yang diberikan kepada umat Rasulullah yang tidak ada pada umat-umat
Rasul yang lain. Walaupun pada umat-umat Rasul yang lain, umur mereka
panjang sampai beratusratus tahun tetapi dengan pemberian Allah malam
Lailatul qadar ini, umur umat Rasululiah juga seolah-olah iebih
panjang daripada mereka.
Sebab itulah kita mesti beribadah bersungguh-sungguh di bulan
Ramadhan lebih-lebih lagi pada 10 malam yang akhir pada malam-maiam
yang ganjil, kalau kita berpegang kepada ijtihad setengah-setengah
ulamak. Tetapi maIangnya, pada kebiasaannya umat Islam di negeri
kita, pada malam-malam yang akhir ituIah kita cuai beribadah kerana
pada malam-malam yang terakhir itulah kita sibuk dengan urusan-urusan
memasak kuih, menjahit baju, kain tingkap, membeli-belah dan
sebagainya. Setengah-setengah daripada kita pula ada yang me
ninggalkan puasanya pada hari-hari yang akhir kerana terpaksa membuat
berbagai kuih untuk menjamu tetamu dihari raya nanti. Menjamu tamu
pun wajib juga kata mereka dan tentunya Allah memberikan pahaia.
Tetapi, masakan Allah memberi pahala kalau perintahnya yang wajib
kita tinggalkan.
Kemudian di bulan Ramadhan itu, kita digalakkan beriktiqaf, terutama
di 10 puasa yang terakhir. Rasulullah tidak pernah tinggal daripada
beriktiqaf. Begitu juga keutamaan di bulan puasa ini mengikut
keterangan setengah-setengah hadis, pintu Syurga dibuka. Dan pintu
Neraka ditutup. lblis-iblis syaitan di belenggu dan dirantai. Dan
kerana begitu banyak sekali keutamaan-keutamaan yang terdapat di
bulan Ramadhan ini, maka sebab itulah bulan ini dikatakan bulan
ibadah. Sebab itu di dalam syariat kita ada dikatakan
(maksudnya): "Tiap-tiap sesuatu itu ada musimnya, sesunguhnya musim
ibadah itu adalah dibulan Ramadhan".
Nyata bahawa setiap apa pun ada musimnya seperti, buah-buahan ada
musimnya, pertandingan Quran pula ada musimnya, main gasing juga ada
musimnya. Pendek kata semuanya ada musim. Dan musim ibadah ialah di
bulan Ramadhan. Di sinilah fadhilatnya di bulan Ramadhan yang terisi
dengan berbagai-bagai keutamaan. Dan kerana itulah kita hendaklah
berdoa selalu agar dipanjangkan umur oleh Allah supaya kita dapat
bertemu dengan bulan Ramadhan ini setiap tahun. Apabila kita
dipanjangkan umur oleh Allah, maka hendaklah kita berubah sikap.
Kalau di bulan yang lain, kita malas beribadah, tetapi di bulan
Ramadhan ini kita tambah rajin sedikit supaya ada perbezaannya. Kalau
di bulan lain ibadah kita tidak banyak jenisnya, tetapi di bulan
Ramadhan ini kita tambah sedikit lagi. Kita qadha amalan kita yang
tertinggal dahulu. Dan kalau perangai kita di bulanbulan lain, kita
banyak temberang, pemarah, pemberang dan sebagainya, tetapi di bulan-
bulan Ramadhan ini cuba kita kendur-kendurkan sedikit. Mungkin
semuanya tidak dapat diubah tetapi kita cuba sedikit-sedikit supaya
nampak perbezaannya, supaya kita dapat menghormati satu bulan yang
Allah telah anugerahkan kepada kita, supaya kita juga termasuk kepada
orang yang menghormati bulan Ramadhan.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home