Islam Hadhari - Peranan Wanita
Peranan Wanita Dalam Islam Hadhari
Basmalah
Kita akan bincangkan tajuk tentang peranan wanita dalam Islam Hadhari. Saya cuma akan beri asas-asasnya sahaja.
Sebelum kita perkatakan peranan wanita, kita hendak fokus lebih dahulu tentang Islam. Islam itu bukan rekaan. Islam bukan buatan manusia. Ia adalah satu kebenaran dari Tuhan. Kalau kita katakan ia kebenaran dari Tuhan, ia ada bentuk yang tersendiri. Ia ada dasar tersendiri. Kalau begitu, ia macamlah benda-benda lain juga, cuma yang ini berbentuk maknawi dan rohani. Saya hendak buat contoh benda lain dahulu, yang ia tidak bersifat rohani dan maknawi iaitu pisang. Pisang itu, tukarlah kepada apa namapun, hakikatnya tidak berubah. Namanya boleh berubah tetapi hakikatnya tidak akan berubah. Perubahan nama tidak akan mengubah hakikat. Jadi kalau orang hendakkan pisang, kita beri epal, itu sudah tidak betul. Mana boleh pisang berubah jadi epal. Nama boleh berubah. Kalau tidak suka sebut pisang, sebutlah apa pun tetapi hakikatnya boleh berubah kah?
Begitulah Islam, agama dari Tuhan. Cuma ia bersifat maknawi dan rohani. Nama boleh berubah. Tidak mahu sebut Islam, sebutlah apa sahaja. tetapi hakikat, mana boleh berubah. Namanya pun cantik. Islam itu maknanya selamat dan menyelamatkan. Kan cantik. Tetapi kenapa jadi haru biru, jadi militan? Mengapa berubah dasarnya? Ertinya itu bukan Islam. Kalau orang minta pisang dengan saya, saya beri epal, itu pisang ke? Itu sudah tidak betul. Islam itu selamat dan menyelamatkan. Militan itu merosakkan. Mengapa jadi begitu? Ertinya ini satu penipuan. Ibarat orang hendak pisang, kita beri epal. Ini satu penipuan.
Kembali pada tajuk, ‘Peranan wanita dalam Islam Hadhari.’ Ertinya peranan wanita kepada satu agama yang selamat dan menyelamatkan. Peranan wanita dalam satu agama yang namanya Islam, iaitu selamat dan meyelamatkan. Ini perbahasan kita.
Islam itu juga dikatakan agama fitrah. Sesuai dengan instinct atau naluri manusia. Bila dikatakan instinct, atau naluri, atau fitrah, ia adalah satu pakej yang ada dalam diri manusia iaitu akalnya, nafsunya, rohnya dan jasadnya. Ini satu pakej yang sandar menyandar, kuat menguatkan, perlu memerlukan. Ia tidak boleh bertindak sendiri.
Daripada 4 perkara yang ada dalam pakej ini, yang kita boleh nampak hanya jasad lahir. Akal, roh dan nafsu, kita tidak nampak. Sedangkan yang 3 ini lah yang paling penting dan besar peranannya. Fizikal hanya ikut sahaja. Suruh buat, ia buat. Suruh pergi, ia pergi. Tidak ada pilihan. Kecuali kalau dia lumpuh atau kaki patah. Jika tidak, ia akan bertindak atas arahan 3 perkara tadi. Roh berperasaan seperti suka, benci, senang dan lain-lain. Nafsu meransang atau mendorong. Akal memikirkan perasaan tadi, bila didorong oleh nafsu, bagaimana untuk berbuat. Setelah berfikir, ia dapat satu kaedah lalu arahkan fizikal.
Berdasarkan ini, rupanya tabiat semulajadi manusia, ia berkemajuan. Dengan adanya pakej tadi, manusia berkemajuan. Tidak seperti haiwan. Haiwan, dari dahulu telanjang, sampai sekarang pun telanjang. Ia tidak berubah sebab tidak ada pakej kemajuan dalam dirinya. Kalau pokok kayu lagilah. Langsung tidak ada perasaan, akal atau nafsu. Kalau ia maju pun kerana orang majukan. Dari hutan, sampai ke rumah, sudah jadi cantik. Kayu sudah jadi rumah. Bukan ia majukan diri tetapi orang majukan. Manusia tidak begitu. Dia berubah-ubah. Dari maju ke maju, sampai jadi canggih. Kalau manusia boleh hidup 1000 tahun lagi, apa lagilah agaknya kemajuan yang manusia buat. Kereta mungkin bukan macam yang ada hari ini lagi. Kapalterbang mungkin bukan macam yang ada. Jangan-jangan dalam 1 minit sahaja boleh sampai Kuala Lumpur.
Jadi, tahulah kita bahawa watak manusia itu ialah bertamadun. Tabiat bertamadun itu, bukan pada orang lelaki sahaja. Di sinilah perbahasan kita. Kejadian lelaki dan wanita itu sama. Kejadian asal, dari tanah. Kejadian yang kedua dari mani. Sebab itu tabiatnya sama. Tidak ada perbezaan. Kalau lelaki ada persiapannya untuk maju, wanita juga begitu. Kalau begitulah Tuhan jadikan, watak perempuan sama dengan lelaki, maka adalah salah kalau watak itu dikorbankan. Salah lah jika sifat madaninya dihalang, sifat berkemajuan atau sifat hadhari itu dihalang. Sifatnya sama dan tidak boleh berubah. Hadhari ke, madani ke, Islami ke, semuanya sama. Maknanya mempunyai unsur-unsur untuk maju.
Jadi kalau Tuhan jadikan dalam diri prempuan, sama dengan lelaki, yakni ada watak hendak maju, jika di sekat adalah satu kesalahan.Satu penzaliman. Kalau tidak untuk apa Tuhan jadikan. Bila Tuhan jadikan berwatak madani, ertinya Tuhan benarkan bertindak untuk maju. Tidak kiralah makan mimunnya, rumah, kenderaan dan lain-lainnya. Tidak boleh dihalang atau disekat. Sebab unsur-unsur itu ada dalam dirinya macam lelaki juga. Cuma Tuhan mahu, bila 4 unsur yang ada dalam diri itu digunakan, diaktifkan untuk maju, kerana kasih sayang Tuhan, Tuhan tidak mahu maju sahaja kerana dalam kemajuan itu ada bahaya. Sebab itu Tuhan buat peraturan. Dorongan rasa hendak maju itu sudah ada, sudah cantik. Tetapi Tuhan itu penyelamat. Dia kasihan pada hamba-hamba Nya, Supaya maju tetapi jangan ada huru hara. Maju tetapi jangan ada negatifnya. Jangan ada jenayah dan penzaliman. Sebab itu Tuhan buat peraturan. Hendak maju boleh tetapi ada syaratnya.
Contohnya, hendak maju boleh tetapi jangan ada rasuah. Orang benci rasuah. Jangan bergaduh dan jatuh menjatuhkan. Apa ertinya maju kalau bergaduh. Boleh maju tetapi jangan bergaul bebas lelaki perempuan. Sebab, kalau sudah bebas, tiada ertinya maju. Nanti dalam maju ada penzinaan, ada pelacuran, ada perogolan dan ada kidnap. Tidak ada erti apa-apa kemajuan itu.
Sebab itu Tuhan buat peraturan itu supaya selamat. Kaum ibu hendak maju, boleh. Boleh jadi doktor, engineer dan lain-lainnya. Maju itu faedahnya umum, bukan untuk dirinya sahaja. Faedahnya merata tetapi displin kena jaga. Peraturan itu penting supaya bila maju jangan ada yang negatif. Apa ertinya maju kalau balik ke rumah bergaduh dengan suami kerana tidak ada displin? Apa erti maju, suami tinggal di rumah, isterinya balik pukul 2 pagi? Buatlah program yang sesuai. Jangan sampai pukul 2 pagi baru balik. Balik kena tampar.
Tuhan benarkan maju sebab ada watak maju tetapi buat Tuhan buat peraturan supaya dalam maju jangan ada negatif. Takkan lah kerana kita hendak maju, pukul 2 pagi baru balik. Fitrah saya dan orang lain, sama. Kalau isteri pandai bawa kapal terbang, bangga tak? Tentu bangga. Tetapi kalau pun boleh buat kapal terbang, kalau balik pukul 2 pagi, saya pun tidak boleh terima. Mengapa kalau hendak maju kena korbankan rumahtangga. Mengapa tidak boleh diprogramkan. Kita semua hendak maju tetapi kalau sampai balik pukul 2 pagi, saya pun tidak suka. Fitrah kita sama. Mengapa pemimpin-pemimpin Islam di dunia dan ulama-ulama Islam tidak boleh susun jadual. Wanita boleh maju tetapi diprogram atau dijadualkan. Ini peranan pemimpin. Hendakkan kemajuan itu tidak boleh dihalang tetapi kalau dibiarkan akan bawa perkara negatif. Apa ertinya isteri-isteri boleh buat kereta tetapi balik pukul 2 pagi dan dihantar pula oleh entah lelaki mana. Yang penting ada peraturan.
Wanita juga macam lelaki, ada kecendurang untuk berkemajuan. Dia boleh dimanafaatkan untuk agama, bangsa dan negara. Yang salahnya pemimpin tidak programkan. Akhirnya sama-sama naik. Maju pun naik, jenayah pun naik. Maju pun naik, krisis pun naik. Maju pun naik, dedah pun naik. Apa ertinya. Masalahnya bukan tidak boleh maju tetapi pemimpin tidak displinkan. Biarlah maju dalam displin, barulah selamat dan menyelamatkan

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home