Beragama Tapi Tak Menguntungkan Umat
Mengapa Manusia Beragama Tetapi
Tidak Menguntungkan Umat.
Basmalah. Kami berterimakasih pada Mu Tuhan yang mana Engkau telah menghimpunkan kami di majlis ilmu ini. Ilmu adalah penting buat kami untuk panduan hidup dunia dan akhirat. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Besar, Muhammad SAW, manusia yang paling berjasa kepada dunia. Dengan sebab Rasulullahlah kita beragama, mengenal Tuhan, pandai hidup, faham tentang akhirat dan tahu bagaimana menuju ke sana. Kalau bukan kerana Rasulullah, Tuhan tidak akan hadiahkan ini semua. Oleh sebab itu marilah kita banyakkan syukur pada Tuhan dan banyakkan selawat kepada Rasulullah kerana kalau bukan kerana Tuhan dan kalau bukan kerana Rasulullah, kita tidak ada erti apa-apa.
Moga-moga melalui kursus ini Allah anugerahkan kita perkara-perkara yang kita sangat perlukan untuk dunia dan akhirat kita. Saya hendak ajak para hadirin berbincang dan menggunakan akal fikiran kita. Saya teringat sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal”
Maksud hadis ini ialah, kalau kita beragama tanpa menggunakan akal, tanpa ilmu, tanpa logik, tanpa faham, ia tidak indah, tidak logik, tidak lazat dan tidak sedap. Kita tidak boleh bertahan lama kalau kita pegang benda yang tidak sedap. Mana boleh tahan lama. Tapi kalau kita miliki benda yang indah, kita akan hendak lagi dan hendak lagi. kita beragama perlu ada ilmu, mesti ada hujah, mesti berdasarkan akal, mesti berdasarkan kefahaman. Dari situ datang penghayatan. Ia akan membangunkan jiwa kita dan roh kita. Bila Islam sudah menjadi roh dan jiwa kita, jadi darah daging kita, itulah jati diri kita. Itulah keindahannya. Di situlah kita boleh tahan berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran-cabaran hidup. Kita ada kekuatan dari penghayatan itu.
Kita hendak berbincang tentang agama Islam yang kita anuti itu. Ilmunya, logiknya, rasional dan faham supaya kita hayati. Bila dihayati akan lahir akhlak yng mulia, seperti pemurah, berkasih sayang, tawaduk, rasa bersama, bekerjasama. Ini manusia yang peri kemanusiannya tinggi. Mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Rasa susah dengan susah orang lain dan senang dengan kesenagan orang lain. Kalau Islam ini diambil tanpa ilmunya, logiknya, tanpa kefahaman maka ia tidak boleh dihayati sehingga lahir buahnya. Di sinilah kita bincangkan mengapa amalan Islam di seluruh dunia tidak berbuah. Kalau ada pun hanya golongan yang sedikit. Tidak cukup untuk memberi berkat kepada seluruh dunia dan seluruh umat. Moga-moga Tuhan memberikan kita ilmu dan membincangkan ilmu tentang agama Islam ini.
Selama ini kita sudah mengaji tauhid, atau tentang aqidah, atau sifat 20, mengikut cara-cara tersendiri. Kebanyakannya mengikut kaedah Abu Hassan Ashaari. Itulah pegangan ahli sunnah wal jamaah. Ada orang, dia baca Al Quran, dia dapat aqidah di situ. Ikutlah cara masing-masing. Tetapi kaedah yang terkenal ialah orang mengaji aqidah ikut kaedah Abu Hasaan Ashaari, mujadid kurun ketiga. Isaya rasa kalau ada kaedah lain, tidak jadi masalah untuk amalkan. Itu adalah kaedah untuk disesuaikan dengan keadaan tempat di kurun ketiga itu. Sesiapa yang hendak kekalkan kaedah itu bukanlah menjadi kesalahan untuk diamalkan tetapi saya yakin di setiap zaman, setiap kurun ada kaedahnya sendiri. Dari kaedah itulah kita menerima ilmu mengenai aqidah ini. Setelah kita belajar tentang sifat 20, tentang aqidah dan tauhid, kita faham Tuhan itu Maha Sempurna. Setelah dibahaskan, kita dapati Tuhan sempurna. Ertinya tidak lagi bertambah dan berkurang. Kalau berkurang, ertinya tidak sempurna. Kalau bertambah, ertinya sebelum itu tidak sempurna. Itulah logiknya. Itulah fahaman falsafah. Yang sempurna tidak akan berkurang dan bertambah lagi. Kalau bertambah ertinya pernah tidak sempurna. Maha Suci Tuhan. Tuhan itu dari azali, hingga sampai bila-bila masa, Dia stabil. Apa maksudnya? Kebesaran Tuhan sudah sempurna, kuasa Tuhan juga sempurna. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Begitu juga ilmu Tuhan, kehendak Nya, keadilan, kehebatan Tuhan, semuanya sudah sempurna.
Kalau itu yang kita faham, itulah yang akan kita pakai, begitulah yang akal faham, begitulah yang kita yakin bahawa Tuhan itu sudah sempurna, mengapa Tuhan minta kita sembah Dia? Mengapa Tuhan minta kita agungkan Dia? Mengapa Tuhan minta kita sucikan Dia dan berbagai-bagai lagi permintaan Tuhan? Kalau sudah sempurna, mengapa berhajat? Padahal kita sudah belajar aqidah, Maha Suci Tuhan dari berhajat. Mengapa Tuhan minta itu dan ini daripada kita seperti minta kita sembahyang, puasa, zakat, naik Haji, suruh buat baik, minta kita tinggalkan kejahatan, berjuang dan berkorban sedangkan Dia sudah sempurna?
Saya buat contoh begini: Kalau seorang raja besar di sebuah negara, kalau dia tidak ditaati oleh rakyatnya, dia rasa dirinya besar tak? Tidak. Kalau rakyat sudah taat padanya barulah dia rasa besar. Sebab itu rakyat perlu taat padanya supaya dia rasa besar. Ertinya dia tidak sempurna kerana dia berhajat. Lebih-lebih lagi kalau rakyat demonstrasi hendak jatuhkan raja itu. Bukan sahaja dia tidak rasa dirinya besar bahkan dia tercabar. Sebab itu raja-raja di dunia, hendak merasakan dia sempurna dan besar maka rakyat mesti taat padanya. Kalau tidak dapat ketaatan, apa ertinya. Macam kalau kita seorang ayah di rumah. Kita kaya dan pandai tetapi anak isteri tidak taat maka sakit jiwa kita. Rasa tercabar. Tidak sempurnalah. Kerana anak dan isteri tidak taat, kita sudah menderita. Itu satu kelemahan.
Jadi tajuk perbincangna kita pagi ini, kalau dikatakan Tuhan itu sempurna, mengapa Dia minta kita sembah Dia, besarkan Dia, Agungkan Dia? Inilah yang kita hendak bahaskan. Tadi kita bincangkan, seseorang yang minta dirinya dibesarkan ertinya dia tidak sempurna. Bila tidak dibesarkan, dia terasa kurang. Tetapi Tuhan tidak begitu.Yang sebenarnya perintah Tuhan kepada kita terhadap Zat Nya bukan untuk kepentingan Tuhan. Ini ada rahsia dan ada hikmah untuk kepentingan mahkluk Nya. Bila seseorang itu benar-benar kenal Tuhan atas dasar ilmu dan faham, hingga dapat dihayati, akan datang takut dan cinta. Ia akan beri kesan yang baik. Bukan untuk Tuhan tetapi terhadap sesama manusia. Inilah yag dikatakan rahmat Tuhan yang tersirat, yang mata dan akal tidak nampak. Hanya dapat dirasai oleh roh yang faham, yang ada ilmu dan boleh menghayati. Inilah rahmat Tuhan yang tersembunyi kepada makhluk Nya.
Kalaulah semua makhluk ini boikot Tuhan. Buat kempen besar-besaran untuk pulaukan Tuhan. Tidak sembah Tuhan lagi. Adakah Tuhan akan tergugat dan tercabar? Maha suci Tuhan. Kurangkah Tuhan? Tidak. Perintah Tuhan itu kepada kita terhadap Zat Nya adalah untuk kesan sampingan yang baik kepada makhluk Nya. Makhluk macam kita ini tidak sempurna. Kita perlu memerlukan. Kalau Tuhan tidak setkan satu cara, kita akan terkorban. Manusia akan jadi susah dan payah.
Bila kita dapat Tuhan, dapat hayati, datang takut dan cinta. Apa side effectnya? Bila takut dengan Tuhan, takut hendak buat salah dengan manusia. Siapa yang untung? Manusia atau Tuhan? Kita takut hendak pukul manusia, siapa yang untung? Kalau kerana kita takut dengan Tuhan maka kita takut hendak mencuri, takut hendak bergaduh, siapa yang untung? Manusia. Siapa dapat manfaat? Manusia. Faedahnya bukan kepada Tuhan tetapi kepada kita. Jadi kalau kita ada ilmu, faham, hayati Tuhan, kita akan takut dan cinta Tuhan. Bila kita cinta Tuhan, otomatik, kita cinta manusia. Bila cinta sesama, manusia yang untung.
Tuhan buat satu kaedah, bukan untuk untungkan Dia tetapi untungkan manusia. Kalau kita cinta Tuhan, kita kasih sesama manusia, kita mudah bantu, mudah berkasih sayang dengan orang, boleh beri maaf dengan orang, boleh minta maaf dengan orang, boleh bersatu padu, siapa yang untung? Kita. Ini rahsianya mengapa kita disuruh besarkan Tuhan. Rupanya kalau kita beragama cara faham, cara ilmu, cara akal, side effectnya semua untuk manusia.
Kalau ikut fakta sejarah Melaka, sudah 500 tahun orang Melayu peluk Islam. Kalau ikut fakta Trengganu, sudah 700 tahun orang Melayu peluk Islam. Ertinya tidak kurang 500 tahun, orang Melayu sudah memeluk Islam. Ada tak side effectnya kepada kita hasil memeluk Islam itu? Saya sudah bahaskan tadi, side effectnya untuk manusia. Hasil kita beragama, ada tak side effect yang baik? Tidak ada. Tidak kita rasa. Yang kita rasa hidup nafsi-nafsi. Yang kaya semakin kaya, yang susah semakin susah. Yang dapat bala tanggung sendiri manakala yang dapat kesenangan, dia punya sendiri. Tidak dapat rasa bersama. Padahal kalau ikut ajaran Islam sepatutnya side effectnya yang baik untuk kita. Nampaknya Islam kita tidak berbuah. Kalau berbuah tentu Amerika tidak akan kacau. Bush tidak akan sombong. Dunia sudah campur tangan. Kalaulah side effect daripada ibadah itu ada, maka secara global sudah dikuasai umat Islam. Tapi nampaknya kita tidak mendapat keuntungan dari agama yang kita amalkan. Di sini datang syariat. Tadi kita bahaskan tentang aqidah.
Mengapa bersyariat tetapi tidak lahirkan akhlak mulia? Bukan sahaja tidak boleh berkasih sayang dengan jiran bahkan dengan anak isteri pun payah. Paling baik pun sekadar tidak bergaduh. Sekalipun tidak bergaduh tetapi tidak ada kasih sayang, tidak ada cinta. Kalau dengan anak beranak payah hendak berkasih sayang, dengan jiran, dengan masyarakat dan dengan negara lagi payah. Hendak berkasih sayang seluruh dunia lagi payah. Itu nasib umat Islam. Terumbang-ambing. Akhirnya Yahudi dan amerika mencatur kita.
Sekarang kita bahas tentang syariat. Syariat yang kita bangunkan buah sepertimana yang sepatutnya. Kita tidak lahirkan buah yang baik. Manusia tidak dapat faedah bersama. Umat Islam yang mengamalkan Islam ini ada 4 kategori. Di sini barulah kita nampak, patutlah Islam kita, syariat dan ibadah kita tidak berbuah. Patutlah sembahyang kita tidak berbuah. 4 kategori umat Islam yang beramal dengan Islam ialah :
Secara umumnya umat Islam beragama mengikut suasana tempatan atau mengikut environment tempatan. Ertinya Islam secara ikut-ikutan. Katalah kita berada di satu kampung atau satu taman yang mana ramai umat Islam di situ sembahyang dan puasa. Kita pun Islam. Kita fikir, “Aku orang Islam. Kalau tak sembahyang, tak kena gaya.” Maka kita pun sembahyang tetapi Cuma dari hasil tengok-tengok orang atau dengar-dengar sahaja. Cuma tambah-tambah sedikit bacaan sebab takut Islam kita tidak sah. 80% hanya dari hasil melihat-lihat orang. Pada saya, orang begini beragama kerana ikut keadaan setempat. Agama semacam ini tidak berdsarkan ilmu. Bila tidak berdasarkan ilmu tentu tidak berdasarkan kefahaman. Bila tidak ada kefahaman maka payahlah untuk dihayati. Kalau tidak dihayati, patutlah ibadah kita tidak berbuah. Dalam satu kampung pun tidak boleh bersatu, tidak boleh sabar, bertolak ansur. Bahkan saling berhasad dengki dan bergaduh kerana agama yang diamalkan berdasarkan keadaan tempatan atau suasana.
.
Golongan kedua beragama kerana warisan ibu ayahnya. Kita pun tidak tahu samada mak ayahnya beragama itu hasil belajar atau tidak, hasil ikut kuliah dan pesantren. Atas dasar itu, anak-anak yang kerana taat mak ayahnya ikut sembahyang, ikut puasa dan dengar sedikit nasihat mak ayahnya. Yang ini rukun Islam yang 5, beres nampaknya. Ini lebih baik sedikit dari yang tadi. Namun begitu, paling tidak 70% tidak berdasarkan ilmu dan kefahaman. Kalau begitu dia tidak boleh dihayati. Islam yang diamalkan tidak lahirkan akhlak mulia. Cara ini untuk lahirkan perpaduan, kasih sayang sesama keluarga pun tidak mampu. Cuma ia lebih baik sedikit dari yang pertama.
Orang yang mengamalkan Islam atas dasar dicorak oleh tempat pengajian seperti di pesantren, sekolah agama, universiti Islam. Kita perlu faham, mengamalkan Islam cara ketiga ini lebih baik dari cara pertama dan kedua tadi tetapi tidak cukup. Mengapa? Mengamalkan Islam hasil pengajian sekolah, pondok itu, matlamatnya untuk timba ilmu. Lebih banyak menghafal. Kalau ada pepriksaan, ia lebih bermaksud hendak lulus periksa. Pendidikannya lemah. Kalau pendidikannya lemah, penghayatannya juga lemah. Sebab itu apakah hasil yang kita lihat? Apakah boleh berkasih sayang? Satu pondok yang ada 20 ribu orang pelajar, apakah boleh bersatu, boleh berkasih sayang? Apakah terbangun ekonomi, kebudayaan dan kemasyarakatn di situ? Tidak. Kadang-kadang ada pondok, yang saya lihat sendiri di Kedah, di pondok itu mengaji bab berniaga. Tetapi yang berniaga dekat pondok itu adalah Cina. Rupanya ilmu kita dapat tetapi hasilnya orang kafir dapat. Sebab ilmu kurang dihayati sebab kurang didikan. Hanya memperkatakan ilmu. Orang yang buat Islam cara ketiga ini akan lahirkan dua puak iaitu kalau dia tidak berjuang, dia jadi pasif. Makan minumnya disuap. Kalau dia berjuang, dia akan jadi militan. Ganas dan bunuh orang.. Lagi sekali umat Islam tidak mendapat apa-apa hasil. Hasil pengajian, umat Islam tidak dapat apa-apa kekuatan, tidak dapat berkat dan tidak dapat nikmatnya. Sekadar di pesantren itu pun tidak dapat. Buktinya ekonomi pun tidak dapat. Saya saksikan sendiri. Pengamalan kena jaga. Inilah kategori ketiga orang beragama.
Kategori keempat, orang yang beragama perlu ada pemimpin. Pemimpin monitor selalu. Bila beragama kena berjemaah berdasarkan sabda Rasul, “wajib kamu berada di dalam jemaah.” Rasulullah kata wajib. Bila berada dalam jemaah, dipimpin oleh pemimpinnya maka Rasulullah kata,.”adanya jemaah itu rahmat, berpecah itu azab.” Tuhan hendak datangkan rahmat atas dasar jemaah atau kelompok. Di pondok itu bukan jemaah. Sekadar bertemu. Kita kena faham bahawa umat Islam hanya akan diberkati Tuhan bilamana dia ada jemaah. Jemaah lah yang akan buat aktiviti ke dalam dan ke luar. Aktiviti ke dalam untuk membangunkan kekuatan ahlinya. aktiviti ke luar adalah seperti berdakwah, berjihad, buat perhubungan, mencetuskan berbagai-bagai keperluan umum dari kekuatan yang telah wujud dalam jemaah. Yang keempat ini sudah beratus tahun tidak ada. Secara umumnya tidak ada. Sebab itu rahmat Tuhan tidak dapat. Bila Tuhan tidak rahmati maka tidak ada kekuatan. Bila lemah, musuh catur kita. Kita tidak pernah diajarkan oleh ulama tentang peranan jemaaha, peranan pemimpin dan ciri-ciri pemimpin. Padahal bila dapat dapat pemimpin sebenar, kita dapat ayah, ibu, guru, pemimpin dan dapat kawan setia. 5 ciri pada pemimpin sebenar.. Tidak ada mak ayah pun tidak apa kalau dapat pemimpin. Tapi hari ini mana ada pemimpin yang ada 5 ciri ini. Bertemu pemimpin begini, rasa bahagia. Berpisah rasa rindu. Mana ada. Sebab kita tidak pernah diajarkan ciri-ciri pemimpin dan peranan pemimpin.
Sekarang kita sudah faham mengapa umat Islam hari ini terumbang-ambing. Walaupun dilaungkan ‘bersatu!’ Secara rela tidak ada orang buat. Buat kerana terpaksa. Saya sedang usaha hendak cetuskan yang keempat itu. Moga-moga Tuhan jayakan. Moga-moga jadi jemaah. Lahir ummah. Jemaah itu tapak kepada ummah. Mesti bermula dari jemaah.
Fikiran kita sudah mula terbuka dan faham mengapa beragama tetapi hasilnya tiada. Beragama itu indah tetapi kita tidak rasa indah. Kita rasa terpaksa. Sebab kita tidak ambil agama itu secara logik, secara faham dan penghayatan. Sekian.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home