Sifat Taqwa
27.9.2004 – 4
Menjelang tidur
Sifat taqwa adalah aset bagi orang mukmin
Aset di dunia aset juga di Akhirat
Ertinya taqwa itu sangat mahal
Carilah taqwa sebanyak mungkin di dalam kehidupan
Ia adalah bekalan orang mukmin di Akhirat
Tuhan memang berpesan carilah bekalan, sebaik-baik bekalan adalah sifat taqwa
Asas taqwa adalah rukun iman, rukun Islam dan ihsan
Selain yang tiga adalah tambahan
Atau selain yang tiga adalah buahnya
Oleh itu jadikanlah semua aktiviti kita addin cara hidup
Jika cara hidup kita addin, ia adalah sifat taqwa
Jadikan projek pendidikan kita addin, projek ekonomi addin
Projek kebudayaan kita addin, projek pentadbiran kita addin
Bahkan jadikanlah seluruh projek perjuangan kita addin
Kalau seluruh projek perjuangan kita jadi addin barulah Tuhan terima dan diberi pahala
Itulah yang dimaksudkan oleh Tuhan “Barangsiapa mengkehendaki selain Islam
sebagai addin maka tidak akan diterima daripadanya”
Maka di Akhirat kelak menjadi orang yang rugi
Barulah kita faham sifat taqwa ada di mana-mana
Ia boleh berlaku di dalam sebarang masa
Cuma terpulang kepada kita sahaja
Apakah usaha kita boleh kita jadikan addin
Addin itu adalah cara hidup mengikut Tuhan
Janganlah anggap sifat taqwa itu hanya boleh berlaku di dalam masjid sahaja
Sifat taqwa banyak berlaku di dalam kehidupan yang global
Di darat, di laut, di udara
Di hutan, di lurah, di gunung
Di tengah padang pasir, di dalam musafir
Di rumah, di pejabat, di pasar
Di ladang, di masa lapang, di waktu tidur dan baring
Ada orang hendak mencari sifat taqwa di Mekah dan di Madinah
Di luar Mekah dan Madinah lebih lagi banyak
Mahu atau tidak sahaja
Terpulang kepada kita, tepuk dada tanya selera
Sifat taqwa ada di mana-mana
Janganlah sempitkan erti addin mengikut otak kita

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home