Kemerdekaan
MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN LEBIH MUDAH DARIPADA MENGISINYA
20/08/2006
Memperjuangkan kemerdekaan lebih mudah daripada mengisinya. Dalam berjuang ke arah kemerdekaan oleh semua rakyat dan setiap golongan hanya satu matlamat iaitu menghalau penjajah dengan tujuan mendapat kemenangan. Di waktu itu kesatuan lahir pada bangsa itu agak nampak dan krisis sesama sendiri kurang tetapi apabila telah mencapai kemerdekaan untuk mengisinya amat susah dan banyak cabaran.
Kalau dahulunya semua rakyat dan golongan hanya satu matlamat setelah merdeka matlamat mengisinya sudah banyak matlamat dan sudah banyak kehendak dan cita-cita.Ada cita-cita peribadi, ada cita-cita parti mengikut ideologi dan prinsip parti. Setiap parti yang mempunyai ideologi ada mempunyai cita-cita yang sendiri.
Selepas merdeka masing-masing berjuang mengikut keyakinan dan ideologi parti kalau dahulunya hanya satu matlamat sekarang sudah banyak matlamat. Di dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan datanglah cabaran daripada parti-parti yang berlainan ism. Satu sama lain tidak sehaluan jadi musuh daripada luar pula mengambil peluang.Masing-masing mengaku dialah yang paling benar dan patut diberi sokongan. Maka terjadilah perang ideologi, perang prinsip, perang teknik. Berlakulah perang mulut, perang saikologi, perang dingin.
Makin lama makin panas, makin lama makin ganas, berbalah-balah.... terjadi, tuduh-menuduh, khianat-mengkhianati, serang-menyerang. Makin jauh makin runcing dan gawat, berlakulah pembunuhan, mungkin peperangan saudara dan di antara etnik.
Di dalam suasana itulah membangunnya, bagaimana hendak lancar dan cepat. Ada yang hendak membangun, ada yang hendak meruntuhkan. Ada yang hendak maju, ada pula yang berusaha hendak memundurkan.Di dalam ada yang hendak mempersatukan rakyat, ada golongan yang hendak memecahbelahkan. Berlakulah sabotaj di sana, sabotaj di sini.
Membangun dan membuat kemajuan di dalam masa krisis yang hebat tidak habis itu.Mendidik rakyat tidak sempat, atau tidak serius atau tidak minat atau tidak faham. Maka timbul pulalah gejala-gejala lain di dalam masyarakat bangsa dan negara. Pemuda-pemudi berlepak-lepak membuang masa disinilah berlaku rogol, zina, liwat, buang bayi. Perkelahian, pembunuhan, vandalism yang tidak terkawal. Sogok-menyogok, rasuah-merasuah, tipu daya, khianat berlaku di dalam negara. Rakyat terbiar, hiduplah mereka di dalam kemiskinan, akhlak rosak.
Beginilah keadaan hampir semua negara-negara yang pernah dijajah. Hendak pulih semula amat susah memerlukan pemimpin yang dibantu Tuhan.