Minda Mujaddid

28 April, 2005

Keyakinan & Fahaman

1.12.2004
Menjelang Maghrib

Di atas dunia ini tidak dapat elak daripada pertembungan
di antara keyakinan dan fahaman
Samada pertembungan yang berdasarkan agama atau ideologi berdasarkan akal fikiran
Keyakinan itu ada yang hanya sekadar keyakinan dan fahaman
hanya pegangan sendiri sahaja tanpa diperjuangkan
Tapi apabila ada golongan yang ada cita-cita hendak mengembang menyampaikan keyakinan masing-masing lahirlah jemaah dan perjuangan
Ada golongan yang perjuangkan keyakinan berlapang dada
hanya memulangkan kepada orang ramai,
terpulang siapa yang mereka hendak terima sebagai ikutan
Mereka tidak memusuhi golongan lain yang sedang memperjuangkan fahaman
dan keyakinan mereka masing-masing di dalam kehidupan
Kalau hendak berbincang pun boleh, terpulang kepada orang ramai menilai fahamannya
Golongan ini di dalam perjuangannya tidak akan timbul pergaduhan dan permusuhan
lebih-lebih lagi tidak akan berlaku peperangan
Mereka hanya memperjuangkan keyakinan terserahlah kepada orang ramai
menolak atau menerimanya terpulang
Yang akan timbul pergaduhan dan peperangan jika berlaku dua keadaan
Pertama, apabila fanatik dengan fahaman hingga memaksa orang menerimanya
jika tidak mereka pandang musuh lalu memusuhinya
Kedua, apabila ada puak hasad dengki dengan golongan lain dikeranakan:
1. tidak boleh ada saingan.
2. tidak mampu berhadapan ada golongan yang diterima orang
3. sakit hati kalau ada golongan yang berpengaruh serta dapat membuat kemajuan
4. tidak boleh lihat ada golongan yang mempunyai kelebihan.
Golongan hasad dengki kerana hendak menjatuhkan saingannya mereka akan buat
apa sahaja untuk menjatuhkan saingannya:
1. mereka akan membuat fitnah untuk pengaruh orang ramai.
2. mereka akan membuat berbagai-bagai pembohongan untuk mengelirukan
orang ramai.
3. mereka akan melakukan sabotaj dan pengkhianatan terhadap lawan.
4. akhir sekali kemuncak kejahatannya melakukan pembunuhan.
Golongan yang kerana ada golongan hasad dengki kalau tidak sabar
mereka akan mencabar
Mereka akan bertindakbalas seperti musuhnya lakukan
Maka terjadilah pergaduhan, perkelahian dan peperangan
Maka masyarakat umum pun tergugat sama keselamatan mereka di dalam kehidupan
Inilah yang sedang terjadi di dalam dunia akhir zaman
Golongan hasad dengkilah yang paling bahaya di dalam kehidupan insan
Mereka tidak boleh ada saingan dan disaingi hingga mereka sanggup mengorbankan etika pergaulan sesama insan di dalam kehidupan
Maka tergugatlah keselamatan

Bakhil

22.12.2004
Menjelang tidur

Bakhil itu bukan hanya susah hendak memberi orang duit
Berkira sangat dengan wang ringgit
Kalau orang susah pun payah dia hendak memberi bantuan
Bakhil semacam ini biasalah
Tapi bakhil itu banyak kategori
Bakhil itu bukan hanya berkira dengan duit sahaja
Ada bakhil selain itu
Tidak suka beri ilmu kepada orang kecuali dikenakan bayaran
Payah senyum dan mesra dengan orang
Payah hendak memberi tenaga untuk berkhidmat kepada orang
Termasuk bakhil juga bakhil memberi nasihat kepada orang
lebih-lebih lagi orang yang memerlukan
Yang lebih besar daripada itu bakhil memberi kasih sayang kepada orang
Sedangkan kasih sayang lebih diperlukan daripada wang
Bahkan bakhil kasih sayang itu lebih banyak berlaku di zaman sekarang
Kerana itu ramai orang sudah kehilangan kasih sayang
Sebab zaman ini sudah ramai orang yang bakhil memberi kasih sayang
Bahkan orang yang hendakkan kasih sayang pun bakhil memberi kasih sayang
pada orang
Bakhil kasih sayang adalah kemuncak kebakhilan
Sebab itulah ramai manusia yang gersang jiwa daripada kasih sayang
Kerana air kasih sayang sudah lama tidak disiram
Hari ini berbagai bentuk bakhil telah berlaku
Sekalipun di negara-negara umat Islam
Sebab utamanya adalah cinta dunia
Masing-masing memikirkan diri dan mengutamakan diri
Hidup nafsi-nafsi, maka berlakulah berbagai-bagai bentuk kebakhilan
di dalam kehidupan
Akibatnya kasih sayang sudah semakin hilang
Kesannya perpaduan semakin renggang
Menjadikan kekuatan bangsa hilang
Untuk memulihkan penyakit bakhil ini bukan senang
Memerlukan seorang pemimpin membawa bangsanya berjuang
ke arah pemurah dan kasih sayang
Barulah ada kemungkinan pemurah dan kasih sayang itu berlaku di dalam kehidupan
Sifat pemurah di semua aspek sangat diperlukan di dalam kehidupan
Kerana itulah ia mesti diperjuangkan

SETIAP DETIK UMUR PERGI

SETIAP DETIK UMUR PERGI

Setiap detik umur kita pergi
Pergi tidak akan kembali lagi
Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi
Dari detik ke minit, dari minit ke saat

Dia bertambah laju pergi
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari
Dari saat ke hari, speed kelajuannya bertambah lagi
Lagi cepat umur kita yang pergi

Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi
Yang pergi itu tidak berganti
Yang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagi
Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari

Lari tidak akan bertemu lagi
Yang lari tetap lari, tidak kembali
Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh dia pergi

Dari tahun ke tahun pacuannya terlalu laju
Begitulah umur kita pergi, setiap detik dia luak
Kita merasa umur kita bertambah lagi
Luak, terus luak, kurang terus kurang
Kita merasa umur kita bertambah panjang

Kita pun berangan-angan panjang
Kerana merasakan hidup panjang lagi

Tiba-tiba MATI...

Di waktu itu terbeliak biji mata
Bekalan yang dibawa tiada
Menyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya.

--------------------------------------------------
Nukilan : Ustaz Haji Ashaari Muhammad
Tanggal : 01.06.1997