Islam Hadhari atau Hadharah Islamiyyah
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu istilah yang agak asing kepada ramai di antara kita iaitu Hadharah Islamiyyah. Sebelum ini kita telah diberi faham tentang Islam Hadhari. Itupun ramai yang belum berapa faham tentang istilah Islam Hadhari. Kali ini Hadharah Islamiyyah pula. Apa beza antara duanya?
Islam Hadhari maksudnya Islam yang sebenar. Islam ini, sifat atau tabiatnya ialah berkemajuan. Dalam ertikata lain, kemajuan itu mengikut. Ia datang sekali seperti satu pakej dalam Islam. Bila Islam itu diamalkan mengikut kaedah yang sebenar yakni secara Islam Hadhari, maka dari pengamalan tersebut, akan lahirlah kemajuan kepada Islam dalam berbagai bidang seperti ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pentadbiran. Kemajuan-kemajuan yang terhasil dari pengamalan inilah yang dikatakan Hadharah Islamiyyah. Kemajuan itu berlaku, hasil daripada pengamalan Islam. Jadi jelaslah yang satu ini tabiat, yang satu lagi hasil. Sebelum dapat hasil, kena ambil tabiat atau wataknya dahulu. Islam hadhari itu tabiatnya berkemajuan, setelah diamalkan dapatlah hasil. Hasil itulah yang disebut hadharah Islamiyyah atau kemajuan Islam.
Untuk lebih memahami, ambil contoh garam. Garam itu tabiatnya masin. Sifat semulajadinya adalah masin. Kalaulah garam itu dimasukkan ke dalam gulai, ia akan memasinkan gulai. Jadilah gulai itu gulai yang ada rasa masin. Samalah Islam Hadhari tadi, seperti garam yang bersifat masin dan memasinkan. Manakala, Hadharah Islamiyyah ialah rasa masin yang ada pada gulai sesudah dimasukkan garam.
Cukup dengan “Islam hadhari”, ia sudah memberi faham kepada kita bahawa Islam itu membawa kemajuan. Memang dengan mengamalkan Islam itu, kemajuan akan berlaku dengan sendirinya. Yang penting, amalkanlah Islam itu. Sebaiknyalah kita mendokong Islam Hadhari. Tetapi kalau kita bawa Hadharah Islamiyyah, ia hanya memperkatakan tentang kemajuan Islam. Ia memperkatakan tentang hasil yang tercapai. Benda yang sepatutnya berlaku. Namun, bila memperkatakan tentang soal kaedah dan bagaimana cara penghasilannya, lebih mudah dan lebih sesuai jika Islam Hadhari itu ditonjolkan. Sebab pakej kemajuan itu datang sekali bilamana kita membawa konsep Islam Hadhari.
Begitulah secara ringkas untuk kita faham beza Islam Hadhari dan Hadharah Islamiyyah. Bagi kita, janganlah persoalan istilah Islam Hadhari ataupun Hadharah Islamiyyah ini sekadar menjadi perbualan lisan. Tetapi kenalah Islam itu dijadikan pengamalan. Kita sudah banyak berbahas, tetapi hasilnya tiada. Kita sudah banyak berbahas tentang Islam hadhari, namun hasil hadharah islamiyyah belum betul-betul menjadi realiti. Oleh itu, marilah sama-sama kita berbuat sesuatu demi untuk membangunkan Islam secara realiti.

5 Comments:
Saya nak tanya saudara,
Bodoh sombong ker sombong bodoh?
kalau bodoh...belajar
kalau sombong....tak tahu nak kata apa la..
tapi kalau sombong bodoh...lagi haru...
semoga kita jangan jadi sombong bodoh kerana sengaja tak mahu menilai antara yang benar dan haq.
Soalan saya:
Kalau ada Islam Hadhari adakah juga Islam Badawi?
sedangkan Islam itu satu, kalau di tambah hadhari, Islam sudah jadi dua..satu hadhari dan satu tak hadhari...
Orang sebut keretapi atau api kereta. :)
By Anonymous, At 10:03 AM
Nak tau beza Islam Hadhari ngan Hadharah Islamiyyah, senang je. Ambik dua istilah Bahasa Melayu iaitu
i)Beruk Pak Mat
ii)Pak Mat beruk
Kalau sebut beruk Pak Mat, secara automatik kita tahu bahawa Pak Mat mungkin bela beruk, buat panjat pokok kelapa. Siapa beruk? Beruk ialah haiwan peliharaan Pak Mat.
Kalau sebut Pak Mat beruk, secara automatik, kita menyamakan Pak Mat tu ngan seekor beruk. Siapa beruk? Pak Mat. Tak marah Pak Mat?
By Anonymous, At 11:17 PM
Saudara
Saya nak komen sikit. SEBENARNYA, Hadharah Islamiyyah dari dulu lagi orang dah dok khabar...ulama' Malik bin Nawi dah cerita dah pasal Hadharah Islamiyyah. Islam Hadhari nilah benda yang asing sebenarnya.
Sesetengah orang ada kata, ulama' silam seperti Ibn Khaldun ada sebut pasal Islam Hadhari...TETAPI...itu bukan apa yang Ibn Khaldun sebut...Ibn Khaldun di dalam bukunya Al-Muqaddimah menyebut tentang 'Umrun Hadhari' (urban civiisation). Ibn Khaldun ada sambung lagi...lawan kepada Umrun Hadhari ialah 'Umrun Badwi'(nomad cvilisation).
Kalau saudara ingat Hadharah Islamiyyah tu benda yang asing pada pemikiran orang, itu hanya benar untuk orang - orang yang tidak dimaklumkan/didedahkan/meneliti tulisan ulama' - ulama' silam.
By Anonymous, At 11:32 PM
Ini jawapannya bagi orang yang masih terkeliru ttg Islam hadhari:
Maksud firman Allah: “Sesungguhnya cara hidup yang diterima di sisi Allah, ialah Islam.” (Ali-Imran:19). Dalam satu ayat lain pula, Allah mengingatkan kita, ”Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup, maka sekali-kali tiadalah diterima daripadanya, sedang di akhirat mereka termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran:85)
Berpandukan dua ayat di atas, maka ia merujuk kepada ajaran Islam itu sendiri. Cara hidup atau ajaran yang diterima dan diredhai Tuhan, ialah ajaran Islam. Selain Islam, jika ada ajaran agama selainnya maka otomatik ia tertolak. Tambahan daripada itu, ajaran Islam yang dimaksudkan ini mestilah tepat mengikut kehendak Tuhan. Mengikut kehendak Tuhan di sini, maknanya, mestilah ia sesuai dan bertepatan sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Tidak boleh ajaran itu lari atau terpesong. Tidak boleh pula ajaran itu dicelahi fahaman-fahaman yang boleh menyalahi kaedah yang dibawa oleh Rasulullah. Kenalah ajaran Islam itu dipraktikkan secara kaaffah atau menyeluruh sepertimana yang Rasulullah praktikkan.
Jadi, ini yang perlu difahami. Merujuk pada ayat di atas, ia merujuk pada ajarannya. Bukan pada istilahnya sahaja. Juga, apa yang Rasulullah bawa itu adalah ajarannya. Istilah itu hanya mengikut sahaja. Kalaulah ada di waktu ini, penambahan pada istilah baik “Islam hadhari” atau “Islam madani”, tetapi ajarannya tidak berubah, ajarannya tidak lari daripada yang seperti Rasulullah bawa, maka tidaklah menjadi kesalahan. Bila ia menjadi kesalahan? Bilamana penambahan istilah itu membawa kepada perubahan ajaran. Atau ia membawa kepada penambahan yang bertentangan dengan kaedah Rasulullah. Juga, tidak sesuai dengan kehendak Tuhan dan tidak sesuai dengan sunnah Rasulullah. Maka dengan itu, ianya otomatik akan tertolak dan tidak sepatutnya diterima.
Apa yang ingin ditekankan di sini, bukan persoalan istilah itu yang harus kita bangkitkan. Yang menjadi titik tolak di sini ialah persoalan ajaran. Apakah ajaran yang dibawa oleh sesuatu kelompok atau individu itu sesuai dengan kehendak Tuhan dan mengikut sepertimana cara Rasulullah? Kalaupun istilah tidak berubah, masih lagi menggunakan istilah “Islam”, namun ajarannya sudah terpesong dan tak menepati sepertimana cara Rasulullah, maka ini juga tertolak dan tidak boleh diterima. Betapa, ramai orang hari ini menggunakan istilah “Islam”, tetapi cara hidup dan kaedah mereka tidak pula sesuai dengan Islam. Tidak juga sesuai dengan sunnah Rasulullah. Ini tidak pula ada orang yang ingin pertikaikan. Walhal, ini lebih besar dan patut diberi perhatian. Sebab ia melibatkan soal ajaran. Kalau tertolak ajaran, mana mungkin Allah terima.
Oleh itu, fahamilah maksud antara ajaran dan istilah. Jangan kita persempitkan isu istilah ini hinggakan soal ajaran Islam itu dikesampingkan. Sedangkan soal ajaran itulah yang patut kita beri perhatian dan bersungguh-sungguh melaksanakan. Sekian.
Posted by Fazel.
By Anonymous, At 4:03 PM
Panggila masyarakat hadhari ke, kan elok sikit. Ni cam buat mazhab baru lak.
hadhari ni satu perspektif dalam kehidupan masyarakat Islam; bukan ke buruk bunyinya bila panggil Islah hadhari? abis tu Islam tak hadhari camne lak? Orang Uganda tu amalkan Islam apa? Hadhari ke bukan?
Who are you to coin such a term level that meddles with the name of a faith embraced by over a billion people? Ahli ijtihad ke?
By Anonymous, At 7:55 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home